Want your
own Fotopage?






 
Rahmat's FotoPage

By: Rahmat Adnan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 4-Oct-2008 01:32 Email | Share | Bookmark
Aidilfitri di Brisbane

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam Semua, jumpa lagi kali nie dengan cerita hari raya aidilfitri di perantauan..memang sedih dan hiba lagi2 first time raya jauh dari keluarga serta rakan2 kampung sg pinang..mase dengar takbir raya via streaming memang syaduh gler..nasib baik subscribe TPG klau tak memang dengar takbir raya kat youtube jealah.. Selalunya klau kat M'sia mlm raya memang meriah sebb kami prepare feast foods untuk pagi raye tue..jadi disebabkan kat brisbane memang budaya mcm m'sia gak maka saya n isteri shopping 2 hari awal untuk penyedian raya di brisbane..kami decide nak masak lemang, nasi empet, masak lodeh, rendang ayam n daging dan kuih raya.. disebabkan takde pengalaman beraya jauh dari keluarga maka terpaksa import menu masakan dari mak melalui talipone..Alhamdulilah semua lauk menjadi dan takde yang tak sedap ..bagi sayalah...
Kami tidor agak lewat gak sebb nak siapkan lauk pauk serta saya kena siapkan assginment yang duenye next week...mcm biasalah lepas siap semua pasang lagu raya n gosok baju melayu n sampin untuk sebahyg raya esok..mmg sebijik mcm raya kat kampung..tepat jam 8 pg..aku pun siap2 nak g sebahyg raya n dengan muka selamba siap dress up the sampin lagi..mamat ausie comfirm pelik tengok m'sian guna mini skirt
kat luar..tapi dengan semangat nak raya punya pasal..aku tak peduli dah..sampai2 masjid alahmdulilah semua rakan2 m'sia juga dress up mcm aku gak..memang tak malulah.khutbah sama mcm kat m'sia cuma tak paham sikit sebb introduction imam guna bahasa arablah..
Mendengar cerita2 dari rakan2 kat sini mcm mail, zaini, abg kamal, n lain..dorang selalu mentioned raya kat brisbane jauh lebih meriah dari kat m'sia lagi2 hari raya pertama sbb itinerary aktiviti penuh dari pagi lpas solat raye sampai tgh malam..disebbkan takde pengalaman maka aku mmg nak tgk betul ke happening mcm raya kat m'sia. sebb aku kat m'sia mmg happening gler...ambik jea anak n bini aku kat umah rumah lepas solat raye..rumah pertama yang kami kunjungi ialah rumah Abg Zaini n Kak naim..rumah depa nie selalu jea akan jadi pit stop yang pertama selepas solat raya. sebb rumah depa belakang masjid jea n depa nie kira senior jugaklah kat west end sebb dah 3 thn tinggal kat sini...bila kami sampai jea memg betul..sebb mmg dah ramai dah pengujung dtg rumah dorang nie..dengan lagu raya n lauk traditional membuat aku lupa seketika rindu di kampung..mmg happening raya kat sini sbb kami berjaya raya sebanyak 11 rumah pada hari tersebut..sampai perut nie dah buncit mcm orng mengandung 4 bulan dah..ingat just one day jea celebrate raya rupenya sampai ke hari nie masih lagi terima jemputan open house..mmg enjoy n happy sgt2..terlupa kjap rindu nak balik raya kat kampung.
Kami juga berasa syukur pengalaman yang kami terima dalam membentuk kehidupan yang baru sebagai suami isteri tidaklah terlalu mencabar dan berliku.. dengan sokongan dan bantuan rakan2 di west end dan suburbs yang lain sememangnya antara tulang belakang kami masih bersemangat meneruskan dugaan dan cobaan di bumi queenlans nie. Khususnya pada Abd kamal n kak zalifah, Azrai, Khairul, mail n aby, asyrif, abg zaini n kak naim, fakry dan abg azizul antara rakan2 byk membantu kami dari hari pertama hinggalah ke hari nie sepanjang berada di bumi brisbane..memang sedih bila hampir semua kan pulang ke M'sia pada hujung thn nie dan pertengahan tahu depan..terasa sunyi sesangat bila semuanya dah takde nanti..

Di kesempatan ini juga saya rahmat, isteri saya asma serta putera sulung kami ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semuanya yang mengenali kami khususnya bonda dan ayahanda di sg pinang klang dan sg petani yang teramat kami rindui serta juga along, angah, kak fariza, mikael, uda, kakhwy, intan, adek dan sanak saundara yang dikenali.

Nie gbr yang dapat kami capture masih raya pertama

gambar raya kat umah aku tak ada ker? Sat 4-Oct-2008 10:38
Posted by:ed  - [Link]
tu puan zalifah kassim ke baju ungu tu? yg gambo kaum ibu tu.. 2nd from left.. Sun 5-Oct-2008 02:55
Posted by:kezen
yup..knp? dia jiran kami n dah nak balik hujung tahun nie Mon 6-Oct-2008 01:26
Posted by:matr3 alangr3@gmail.com
lecturer pemakanan paling best dulu.. Mon 6-Oct-2008 10:17
Posted by:kezen


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.